Monday, June 27, 2011

Kisah Hidup Muslimah: Hikmah Sujud

Ari ni, aq nak kongsi ngan pembaca blog tentang SOLAT. aq akui aq ni xlah bijaksana dalam hal2 agama, aq juga masih belajar dan ingin menguasai ilmu agama ini. Seperti yang kita tau, dalam solat ni banyak aspek. Apa yang aq nak kongsi ialah tentang hikmah sujud dalam solat. Ok...meh kita tengok apa yang terdapat dalam list hikmah sujud ini. Opss sebelum aq share, aq nak gtau dulu dr mana aq dapat info ni k..nanti ada pula yang kata aq ni memandai bt ceta pula hehehe...info ni aq dapat dari buku yang aq dah baca iaitu FORMULA SOLAT SEMPURNA. Info ni sangat penting untuk kita mengetahuinya.. lebih2 lagi buat muslimah di luar sana.
Antara hikmah sujud ialah:

1. melegakan sistem pernafasan.

2. mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3. bernafas ketika sujud akan:

-membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

-membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

-melegakan sakit hernia(sakait hernia ni aq belum tau lg sakit jenis apa, nanti aq cari info nya).

-menggurangkan sakit ketika senggugut (wow...satu penawar yang jarang aq jumpa, selalunya guna perubatan tradisional or moden, ni la keistimewaannya bila kita bersolat. jangan pula salah faham dengan fakta ni, wanita yang dtg haid memanglah diharamkan bersolat, means fakta ni masa wanita tu x uzur la)

-mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen.

-kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.

-meringankan bahagian pelvis.

-memberi dorongan untuk mudah tidur (sapa2 ad masalah tido better la bersolat, tapi jangalah bersolat semata2 hnya untuk melenakan tido, tapi niat kerana Allah..kena ingat tu...)

-apa yang penting, kesan psikologinya adalah dengan merasa rendah diri dihadapan maha pencipta. sifat sombong, riak, takbur dapat dikikiskan.

TAHUKAH ANDA?
Kesan sujud juga diakui oleh fahaman agama lain seperti SIKH di Punjab. Buddha yang mengamalkan Yoga yang sujudnya hampir sama dengan sujud cara Islam.

Lihat nya, betapa besarnya fadhilat solat.. ni baru jak bahagian sujud, belum termasuk lagi bahagian-bahagian yang lain..Ya...Allah mengetahui segala-galanya..mahu baik atau buruk, setiap suruhanNya mempunyai makna yang tersendiri..Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami sehingga kini..

Ok...setakat ni jak perkongsian aq ngn korang (sapa2 jak la yang singgang kat bloq aq yang x seberapa ni)..Jom solat Isya'....dah masuk waktu dah...Salam....

No comments: