Hari ni dah masuk puasa yang ke 13. seperti biasa, aku berdepan dengan laptop n buku2 untuk bt assignment, letih mata xpayah ckp la..memang letih gila. Tapi apa pun kena sabar juga kan? adat belajar.. Tengah2 bt kerja td tiba2 aku teringat pasal blog aku. Ksian nya blog aku ni lama x update. Hehehe..anyway aku minta maaf sangat2 blog..aku memang sibuk melayan kerja2 ku yang semakin bertambah. Makin lama disini makin susah pula rasanya..Nak kata hilang semangat x la juga, maybe sebab tekanan d sini kot.. Sabar saja la..
Apa maksud title d atas tu? Seminggu lagi..ceritera lalu pasti kembali? Seminggu lagi means masa aku balik kg la...ceritera lalu pula mengimbau tentang kenangan lalu aku. Biasa la abis ramadhan kan bulan syawal. sebenarnya aku merindui zaman masa aku sekolah dulu..x kira la masa sekolah rendah or sekolah menengah. masa kecik2 dulu, 2,3 ari lagi nak raya, aku selalu tgk abg aku A.K.A mohd Farid main mercun. Pernah sekali tu, aku join sekali, kami main mercun guna tin milo ya besar. sekali meletup fuhhhhhh tinggi ny tin 2 terbang hahaha...Kalau la tin tu leh hidup knfom dia bebel kami. Tapi syukur alhamdullilah, kami xla main mercun sampai cedera.
Then, aq suka pasang pelita bila dah masuk jam 6 setengah, truly aku suka sangat tengok pelita, hehe....xtau npa..cantik..tenang jak rasa. ada satu hari tu, masa 2 dah malam takbir dah, family aku semua kat atas, aku jak duk men pelita bakar2 lidi kat bawah. Best ap...hehe. Tengah2 khusyuk bakar2 lidi, mama aku panggil suruh naik, hmmm kalau mama panggil konfom buat kerja. aku pun ckp xnak la..tau2 la budak degil sikit..hehe. tiba2 mama aku cakap..ni dah malam takbir dah, antu2 dah nak dilepaskan tu, x reti naik lagi ke? Kang ad y join main..xtakut ke? Hahaha...apa lagi, cepat jak kaki naik atas,, betul la bdk2 ni senang d pengaruhi..ap org putih ckp? sycho? Ntah btl ke x ejaan aku 2 haha..mna2 aja la..
Kalau x silap aku la, raya last year. Seperti kebiasaan, malam takbir aku dan family aku dah start gerak balik kg mama aku. best tau...dari kecik sampai aku besar banyak yang aku tengok masa malam takbir kami balik kampung. Dulu2 kami melintasi kampung orang untuk balik ke kg mama, orang selalu main meriam bulu, tapi last year....fuhhh...ad bunga api lagi...moden gak orang2 kampung ni ya..haha.
banyak2 kenangan..kenangan raya lah yang paling aku suka. Best sangat. dapat lepak n jumpa kazen2 aku. Even kami xla rapat sangat tapi bulan syawal la yang menyatukan kami semua. Alhamdulillah..
Raya tahun ni xtau lagi apa ceritera nya. Tapi yang pasti ceritera lalu pasti akan kembali juga walaupun ad ceritera baru yang datang. Jumaat ni aku balik dah..macam biasa la my family tunggu aku kat airport..hehe..luv my family..Aku bersyukur sangat dapat family caring, ambik n antar aku ke airport. Selalu support aku..macam2 lagi la..Harap kesejahteraan keluarga aku berkekalan.. iNsyaallah..
Fuhhh, cukup2 lah tu anys, meh sambung bt RPT (ati aku y ckp hihi)...yala2..nanti kita share lagi ya.. ^^
2 comments:
bestnya baca..
ma ksh....insyaAllah anys akn sntiasa update klu x bz ^^
Post a Comment