Kau ingat lagi x...? Tentang ap..? Tentang aku, kau, dia dan kita la...Ingat x..? Ala...xkan lupa dah kot...meh aku cerita balik..
Suatu hari tu, aku, kau dan dia kena denda sebab kita x bawa water colour masa subjek Pendidikan Jasmani. Kita kena denda cari kulit kerang untuk aktiviti minggun seterusnya. Kulit kerang...cuma ada kat laut jak kan..? Hahhhhh...kita kan jenis yang x reti ke laut, macam mana ni? Aku, kau dan dia mengelabah, kita xnak kena denda lagi. Petang tu, lepas jak abis sekolah, aku, kau dan dia pun pergi pantai. Masing2 tolak menolak antara satu sama lain. Kenapa? Sebab aku dan dia alergik dengan air laut, kau pula takut dengan ombak pantai. Haha..aku masih ingat lagi, masa tu selipar kau putus sebab dia tolak kau kan? Aku tengok muka kau macam nak nangis jak. Pastu kau lari, aku dan dia kejar kau. Aku tau kau merajuk, aku dan dia habis-habisan pujuk kau. Lastly, kau dan dia berbaik. Then kita duduk atas batang pohon kelapa yang dah menyembah bumi. Kita tengok pantai, matahari pun hampir terbenam, kita risau sangat2 sebab kita belum dapat kulit kerang lagi.
Dengan azam yang tinggi, aku, kau dan dia melangkah dengan semangat melawan ketakutan. Kita sama-sama melangkah ke tepi pantai. satu langkah, dua langkah, tiga langkah......cepat lari......!!!! Kenapa..? Ombak kejar la....kita saling tertawa. Masa tu kita cepat2 kutip kulit kerang hehe. Masa kau kutip kulit kerang tu, abang Safwan menyapa. Ehhh..abang Safwan buat tu? Rupanya abang Safwan nak ambil gambar matahari terbenam ya. Abang Safwan tersenyum melihat gelagat kita. Huuuuhhhhh...nampaknya kulit kerang yang kita dah kutip hampir sebakul, aku, kau dan dia pun nak balik rumah, maklumlah kena balik cepat nanti mak kau marah mak aku pula. Tiba2 abang Safwan tarik kau, katanya nak ambil gambar. Aku dan dia pun bersorak, gembira la katakan, jarang dapat bergambar. Ehhhh..bukan abang Safwan nak ambil gambar ka..?Rupanya abang Safwan join sekali...hehe...kita terkejut sangat sebab masa nak ambil gambar 2 camera abang Safwan 'mati'.....Abang safwan pun risau, dia mendekati camera dan tiba2 ad bunyi 'klik'....Haha...kita pun hairan, dari mana bunyi 2...Owh...dari camera abang Safwan rupanya...
Dah tu, kita pun balik rumah masing2. Dalam ati aku, kau dan dia gembira sangat sebab kenangan manis ari tu.
Seminggu lepas tu cuti sekolah, aku dan kau tidak lagi kerap berjumpa dengan dia. Mak dia kata, dia akan berpindah sekolah. Hahhh? Biar betul..bila kita nak jumpa dia, mak dia kata dia pergi ke bandar. Kenapa eh..? Takkan la tiap kali kita pergi rumah dia. Dia pergi bandar..? aku dan kau sedih sangat, kau cakap mungkin mak dia x suka dia kawan dengan aku dan kau. Yala....aku dan kau kan cuma anak kampung nelayan, sementara dia pula, anak berada.
Berapa ari lepas 2..abang Safwan datang rumah aku. Abang Safwan bagi aku sesuatu, gambar masa kita kat pantai tu. Aku berlari ke rumah kau dan dia.. Ala....x jauh pun sebab rumah kita kan bersebelahan jak.....ahaha, aku dan kau tertawa melihat gelagat kita dalam gambar tu. Aku tengok kau ketawa..lepas 2 kau buat muka sedih pula. Aku tau, mesti kau rindu dia kan? Aku pun sama.. Kita dah janji jadi BESTFRIEND FOREVER. Tapi..emm x apa la...bukan jodoh kita kan jadi sahabat untuk selamanya.
Lepas balik dari mengaji, aku duduk di beranda rumah. Gambar yang abang Safwan bagi, aku amati sedalamnya. hurmmmmm..baru aku perasan sesuatu..Even aku kurus kering punya muka yang bujur, kau gemuk dan punya hidung yang tajam dan dia pula mempunyai telinga yang agak besar. Tapi walau kemana pun kita tetap bersama. Dan hati aku berkata.....
Walau kita punya kelemahan, tapi kita saling melengkapi..
Walau kita selalu gaduh, tapi itu menguatkan lagi hubungan kita..
Walau kita sering terasa hati antara satu sama lain, tapi kita semakin kenal dan memahami antara satu sama lain..
dan...
Walau kita jauh, tapi kita tau cinta persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya.
INSYAALLAH...
No comments:
Post a Comment