Mia (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang agak naïf dalam agama. Ayah dan ibunya tidak pernah mengajarnya erti sebenar Islam, cukuplah sekadar tahu Islam dari parasnya. Berhijab, puasa, zakat, dan menghormati ibu dan ayah, itulah yang diketahuinya sejak kecil. Ayahnya adalah seorang petani manakala ibunya bekerja sebagai tukang masak di asrama di sekolah Mia. Setiap petang, ibunya menginginkan Mia supaya pergi ke sekolah agama yang berhampiran dengan rumah mereka di hujung kampung. Setahun awal Mia menjejakkan kaki ke sekolah agama itu, Mia sudah dapat merasakan ada cahaya yang dapat membantu dirinya disitu, memandangkan kedua ibu bapanya tidak peka akan hal2 agama. Namun, semakin lama Mia berasa di situ, dia berasa sangat malu pada teman2nya kerana dia agak jahil tentang agamany sendiri.
Sehingga satu saat, ustazah di sekolah itu memilihnya untuk mengikuti peperiksaaan sekolah agama, Mia agak terkejut dan panik. Haruskah dia menolak atau menerima bulat2 tawaran tersebut? Bagaimana dia akan menjalani peperiksaan itu dengan keadaannya yang serba naïf. Dia sangat takut, apatah lagi disuruh untuk membaca al-Quran dihadapan guru yang tidak pernah dikenalinya. Guru tersebut lantas memarahinya. Air mata mengalir dipipi dan perasaaan malunya tidak tertanggung lagi. Selesai sahaja peperiksaaan yang berlangsung selama seminggu itu, Mia mula menyalahi kedua ibu bapanya, dia merasakan bahawa hidup nya tidak adil seperti orang lain. Dia cemburu dengan keadaan orang lain yang mempunyai ibu bapa yang bijak pandai dan mempunyai ilmu agama yang agak tinggi. Mia menangis dan meratapi nasibnya. Dia ingin menyatakan hal yang dialaminya itu kepada kedua orang tuanya namun, dia amat takut.
Bertahun lamanya, keadaan Mia berterusan sehinggalah Mia masuk ke sekolah menengah. Mia masih tidak mampu untuk melafazkan setiap bait2 dalam kitab kalam Allah itu. Perasaaan malu dalam dirinya semakin menapak dalam. Mia berasa sangat rendah diri, rakan-rakannya yang lain sudah menguasai setiap bacaan al-Quran. Mia sedar, dia beruntung umurnya masih muda dan memiliki peluang untuk mempelajari al-Quran. Bermula dengan langkah pertama, Mia mengenali huruf alif sehinggalah penghujungnya. Hatinya riang kerana sekurang2nya dia mampu untuk menyebut huruf2 tersebut. 3 tahun berlalu, Mia berpindah sekolah dan terpaksa berpisah dengan kakak dan abangnya. Hatinya mula takut. Maklumlah dia tidak pernah berpisah jauh dengan ahli keluarganya. Bagaimana pula dengan apa yang dipelajarinya selama ini? Mia masih naïf lagi. Dan terus naïf.
Pada tahun 2006, Mia berpindah sekolah dan persekitaran disitu agak berbeza dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, Mia merasakan dirinya agak beruntung kerana dia, terdapat beberapa insan lain yang juga sepertinya. Sekurang2nya Mia tidaklah berasa malu apabila mereka berkumpul. Dari saat itu, Mia mula sedar dan benar2 cuba untuk mendekati Allah. Memohon keampunan dengan bersungguh2 dan cuba untuk mempelajari ilmu Allah. Sedikit demi sedikit Mia mula menguasai apa yang dipelajarinya. Namun, perasaan malunya masih menebal. Jika dulu dia malu pada teman2nya, tapi sekarang dia malu kepada Maha Pencipta. Malu kerana masih tidak mengenali kitab Nya.
Mia meneruskan kehidupannya dengan merasakan dirinya begitu naïf. Apabila dewasa, Mia sudah menyedari bahawa dia harus berubah dan mengubah cara hidupnya. Dia cuba untuk memperbaiki dirinya. Baju yang ketat, hijab yang pendek, alat persolekan, dan hatinya sendiri perlu diubah. Malah, apa yang penting solatnya harus dijaga. Sehingga satu saat, Mia dipertemukan dengan seorang hamba Allah. Disitu, Mia nekad menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Keranan jika dia terus hidup dalam keadaan naïf seperti ini, dia jelas sudah mempersiakan peluang yang diberikan oleh Allah. Air mata penyesalan mengalir pantas. Sokongan dan dorongan diberi padanya agar tidak jatuh dari kehidupan yang fana ini. Akhirnya, dengan bantuan hamba Allah tersebut, Mia semakin bersemangat untuk meneruskan azamnya.
Mia mula untuk menukarkan dirinya seperti apa yang dituntut dalam agama. Bagaimana pula dengan rasa malu itu? Adakah masih ada dalam dirinya? Ya, ianya masih kekal sehingga kini. Mia sangat malu jika hijabnya terbelah atau disingkatkan, malu jika bajunya agak nipis dan menjadi tontonan umum, malu jika tidak menundukkan pandangannya dari kaum adam, dan paling penting malu kepada Allah.
Saat ini, Mia masih lagi cuba untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi muslimah sejati. Ya muslimah sejati yang tidak akan pernah akan membiarkan anak2nya nanti mewarisi dirinya yang naïf dahulu. InsyaAllah. Dialah Mia gadis kampung.
''Tiada yang dapat merubahkan nasib dirimu, kecuali dengan dirimu sendiri...insyaAllah...''
No comments:
Post a Comment