Tuesday, February 7, 2012

AL-HAKIM (Maha Bijaksana)

assalamualaikum para pembaca budiman, hari ini saya ingin membuat satu perkongsian ilmu mengenai apa yang telah saya baca. Alhamdulillah, isinya cukup menarik hati malah mendorong saya untuk membaca berulang kali tanpa rasa jemu. Walaupun ada sesetengah isi kandungannya sudah diketahui, namun saya tetap terus membacanya. Judul buku tersebut bertajuk 99 Nama Allah Tersohor: Khasiat dan cara beramal. Alhamdulillah, kini hampir separuh daripada topik yang terdapat dalam buku tersebut dibaca oleh saya. Namun apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai AL-HAKIM yang didefinisikan sebagai Maha Bijaksana.

Segala sesuatu yang diciptakan-Nya dengan tujuan yang tinggi. tidak pernah ada satu kejadian yang sia-sia yang tidak ada maksud dan tujuannya. Setiap apa yang diciptakan-Nya di alam ini walau sekecil zarah sekalipun mempunyai tujuan tertentu yang tidak ternilai harganya. Terdapat banyak contoh yang boleh kita ambil, antaranya ialah:

1) Penciptaan syaitan dan iblis: untuk menguji dan menggoda seteguh mana keimanan dan keyakinan golongan beriman terhadap Allah S.W.T. ini juga adalah sebagai peringatan kepada hamba-Nya agar sentiasa berwaspada.

2) Tumbuh-tumbuhan: sumber makanan, perlindungan daripada pencemaran udara, panas matahari. Malah tumbuh-tumbuhan ini juga berperanan dalam menampilkan keindahan panaroma alam, rasa selesa, bersih dan mendamaikan.

3) Haiwan: sebagai sumber ekonomi manusia contohnya membantu manusia dalam kerja-kerja membajak kawasan pertanian (rentetan aliran zaman moden, manusia sudah menggunakan mesin), memperoleh susu untuk dimanfaatkan dan ada sesetengah haiwan yang dijadikan sebagai pengangkutan.

4) Sumber-sumber alam: membekalkan pengairan dan sumber untuk manusia seperti minyak, besi, tembaga, emas dan sebagainya.

5) Matahari: sebagai sumber tenaga, menerangi alam pada waktu siang hari dan memudahkan manusia mencari rezeki. Ia juga penting dalam proses fotosentesis.

6) Bintang: panduan para pelaut yang sedang dalam pelayaran di lautan luas agar mereka tidak tersesat.

7) Bulan: memudahkan manusia untuk mengira jumlah bulan/perjalanan masa/musim dalam kehidupan mereka. malah, bulan juga membantu dalam mengira masa berlakunya pasang surut.

8) Zakat: mendidik manusia dalam bersikap tolong-menolong,

9) Puasa : membersihkan jiwa dan peribadi manusia daripada sifat-sifat buruk yang begitu banyak. Malah mendidik manusia merasakan kesusahan hidup dan penderitaan golongan fakir yang bersusah payah untuk mendapatkan makanan demi mengalas perut yang kosong.

sekian sahaja perkongsian kali ini ^__^InsyaAllah, perintah Allah dipatuhi, tegahan Allah dijauhi...

Assalamualaikum..


No comments: