Mia merenung jauh melihat kanak-kanak itu berkejaran
riang.
“alangkah indahnya jika masa boleh diputar kembali……”
Mia bermolong sendirian……astaghfirullah alazim…ampun kan
dosaku Ya Allah, aku seperti menolak segala apa yang telah Kau kurniakan kepada
ku.
Mia menggelengkan kepala dan kembali menyelak buku yang
dihadiahkan oleh seorang hamba Allah yang banyak membantunya selama ini.
Kadangkala dia tersenyum sendiri apabila membaca buku itu, apa tidaknya hampir
kesemua bahagian topik buku itu berkait rapat dengan dirinya. Kata Hati VS Kata
Ilahi. Mia tidak pernah merasa bosan walau sedetik pun apabila membaca buku
ini. Maklumlah pemberian insan yang begitu berharga buatnya. Melihat waktu yang
semakin pantas berlalu, Mia lantas mengemaskan apa yang perlu kerana sebentar
lagi waktu kuliah.
Seperti kebiasaan, Mia dan sahabatnya mengorak langkah
menuju ke dewan kuliah. Dua bulan di kampus, Mia belum dapat membiasakan diri
dengan keadaan tersebut apatah lagi dengan cara pembelajaran yang sangat
berbeza dari sekolah. Semuanya perlu dicari sendiri. walaubagaimanapun, Mia
bersyukur kerana dia mempunyai teman-teman baru yang saling memahami antara
satu sama lain. Hari ini mereka akan melaksanakan tugasan secara berkumpulan.
Terpancar sedikit kerisauan dalam hati Mia. Apatah lagi, dia belum benar-benar
mengenali teman sekuliahnya. Satu persatu nama teman sekuliahnya disebut. Semakin
lama semakin gelisah hati Mia memerhatikan pergerakan pensyarahnya.
“Kumpulan sembilan…Hana Insyirah, Zulaikha, dan Nurul Ain……”,
Puan Syakila menarik nafas lega apabila kesemua pelajarnya dibahagikan dalam
kumpulan. Biarpun letih menyebut setiap nama, namun dia pasti dengan cara itu,
pelajarnya dapat mengenal erti kerjasama antara satu sama lain.
“Puan, Faris Awatif 1 kumpulan dengan puan la…nama dia
tak disebut lagi….”, kedengaran suara sumbang dibelakang menuturkan nama Faris
Awatif. Dewan kuliah menjadi hinggar binggar seketika dengan tawa penuntutnya.
Puan Syakila menepuk dahinya. Mia turut tertawa melihat gelagat teman
sekuliahnya.
“Ishhhhhh…kau ni Syazwi, malu la….heee”, ujar Faris
Awatif lantas membaling pen ke arah sahabatnya yang nakal itu.
“Faris, kamu masuk kumpulan yang terakhir, kumpulan Hana.
Setiap kumpulan wajib hantar draf dalam masa tiga minggu. Sesiapa yang lewat,
saya tolak markah sahsiah”, usul Puan Syakila.
“Okey puan….”,
Mia menutup kitab itu dan menarik nafas lega. Hatinya
rasa lapang dan mindanya ligat berfikir tentang apa yang telah dibacanya tadi.
Firman Allah SWT:
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”-Surah
al Insyirah (94):5.
Mia menyedari bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah
disebaliknya. Mahu atau tidak, setiap manusia harus mempercayai ketentuan-Nya.
“Cukuplah Allah bagiku…..”, getus hati Mia. Sudah puas
dia memejamkan mata pada malam itu, namun bagaikan ada sesuatu yang
menghalangnya dari menikmati tidur yang lena. Mia lantas duduk bersandar pada
dinding. Mia lantas membuka diari kecilnya. Dua keping gambar itu ditatapnya
dengan penuh kasih sayang. Masih terbayang-bayang dalam mindanya. Hari terakhir
dia mencium tangan kedua orang tuanya. Dingin terasa tangan kedua orang tuanya.
Mia menatap wajah mereka yang sayu mengharapkan kepulangannya bersama segulung
ijazah. Ya, lambaian terakhir itulah yang sentiasa tersemat dalam ingatannya. Dan
selepas itu, dia hanya mampu menatap wajah yang kaku tidak lagi mampu
berkata-kata. Ya Allah, di saat Mia baru memulakan langkahnya, kedua orang
tuanya pergi dahulu. Bayangkan, di mana dia hendak mengadu kasih disaat dia
memerlukan sokongan orang yang paling dia sayangi. Peneman duka di hati Mia
adalah sekeping gambar ibu dan ayahnya. Hanya itulah satu-satunya harta pusaka yang
Mia ada sekarang. Tanah waris yang ditinggalkan untuknya kini dibawah jagaan
Pak Hamid, adik ayahnya. Mia tidak mahu menuntut apa-apa kerana dia sedar, dia
belum mampu untuk menguruskan tanah itu sendirian. Syukurlah berkat pertolongan
Pak Hamid, Mia meminta Pak Hamid untuk menjaga tanah waris itu. Suatu waktu
nanti Mia akan kembali juga
“Mia, nak azan dah ni, bangunlah…”, ujar Zulaikha sambil
menepuk bahu temannya itu.
Mia mengosok matanya. Astagfirullahalazim, hampir subuh
rupanya. Dia sendiri tidak sedar bila matanya terlelap. Lantas dia menutup diari
itu dan meletakkan kembali ke dalam laci.
Selesai sahaja solat, doa dipohon kepada-Nya. Sesekali hatinya
berasa syahdu. Air mata tidak pernah lekang dari wajahnya setiap kali memohon
doa kepada Maha Pencipta. Solat berjemaah dengan rakan serumahnya sudah menjadi
kewajiban bagi mereka. Malah, setiap apa sahaja yang dilakukan, mereka pasti
mengerjakannya bersama. Tidak ada seorang pun yang tertinggal meskipun mereka
baru kenal sebulan. Itulah namanya rezeki dari Allah kerana mempertemukan
mereka dan saling mengenali antara satu sama lain.
“Zu, Ain, apa kata hari ni kita buat perbincangan
kumpulan?”, cadang Mia sambil melipat sejadah.
“Yah, bisa aja..lagian hari ini aku ngak ada acara. Kamu
gimana Ain? Mau ngak?”, jawab Zulaikha, anak kelahiran Indonesia itu.
Kadangkala Mia dan Ain sendiri tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh
Zulaikha.
“Aku juga bisa….”, ujar Ain sambil tertawa. Zulaikha
lantas menarik telinga temannya itu. Begitulah mereka, rumah itu tidak pernah
sunyi dek gurauan antara satu sama lain.
“Ya udah, cepetan mandi sana, ntar mobilnya biar aku yang
bawa”, ujar Zulaikha sambil bercekak pinggang seperti seorang ibu yang mnyuruh
anak-anak untuk bersiap ke sekolah.
No comments:
Post a Comment