Sunday, July 22, 2012

Cikgu Kembali Lagi




Cikgu: Hanisah, bila besar nanti kamu nak jadi apa?
Saya: Saya nak jadi seorang guru.
Cikgu: Kenapa pula?
Saya: Sebab saya suka semak buku, tanda dengan pen merah. Hehehe....
Cikgu: :)

Masih teringat dialog itu ketika saya masih berada d sekolah rendah. Topik pada ari 2 pasal cita-cita. Suasana kelas hingar binggar dengan suara rakan-rakan. Apa tidaknya, masing2 mahu menegakan pendirian. Ada yang nak jadi polis, peguam, pramugari, pilot. Haha, sebab masa zaman kami masa pekerjaan 2 la yang paling popular. Kenangan ni la yang paling saya ingat sampai sekarang, lebih-lebih lagi hala tuju hidup saya sekarang ni nak jadi bakal pendidik.

Cepatnya masa berlalu, sekarang sudah semester 6, maknanya ada 3 semester lagi untuk habiskan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Esok bermulanya praktikum fasa II. Dibandingkan dengan praktikum fasa I, praktikum kali ni nampaknya lebih mencabar. Kena ajar 2 subjek iaitu seni dan pjk. Wowwww, saya ajar pjk? macam x percaya pula. Hahaha, terima la hakikat Hanisah....

Bersedia atau tidak, esok adalah permulaan baru di sekolah yang baru. Mental dan fizikal kena maintain sebab nak jadi cikgu kena banyak berkorban suara. Betul x? Apa2 pun selamat berpraktikum kepada para sahabatku ^_______^

#P/S: Mesti buat yang terbaik dari last sem... chaiyok2.. 


2 comments:

fadlie said...

Hehe cptttt.. Abg pulak tk sabar

anna_annisa said...

:) msti d tgu aaaaaaa...