Wednesday, July 4, 2012

Jangan Lalui Sebuah Perjalanan tanpa Memikirkan Hikmahnya

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Setiap entri yang saya tulis bukanlah hanya hiburan semata-mata, bukanlah untuk riak dihadapan mata manusia yang melihat. Namun untuk saling berkongsi, saling memperingati antara satu sama lain tentang kehidupan kita di dunia ni. Mungkin ada yang tidak sedar, ada yang hanya melihat perjalanan hidupnya sebagai sebuah perjalanan yang begitu membosankan. Sedarlah wahai insan, jangan lalui sebuah perjalanan tanpa memikirkan hikmahnya. Adalah rugi bagi mereka yang melalui kehidupan ini dengan keseronokan semata-mata.

Pernahkan anda terfikir tentang mengenai sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri anda sendiri tidak kiralah ianya melibatkan orang lain atau tidak. Pasti ada cerita yang panjang yang kekal dalam ingatan anda. Pasti ada perasaan marah, benci dan tidak puas hati dan sebagainya. Dan tidak kurang juga dengan keluhan di hati  anda seperti ini,


-kenapalah nasib aku selalu macam ni?
-alangkah bahagianya hidupku jika berada ditempatnya,
-kenapa aku selalu diuji dan kenapa orang lain tidak seperti aku?
-kalaulah aku boleh lari dari semua masalah ni...
-sedihnya......

Firman Alllah,


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suda kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan Allah jualah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
-Surah al-baqarah (2): 216



Subhanallah, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Maka, jika anda menghadapi sesuatu musibah, hadapilah dengan kesabaran dalam hati. Apatah lagi yang melibatkan sesama manusia. Mungkin anda pernah berkata sebegini, "..........ahhh, sabar itu ada batasnya, sampai bila aku harus bersabar dengannya..?". Saya akui, saya juga pernah berkata sedimikian. Dan apabila saya memikirkannya kembali, hanya satu ayat yang timbul dalam minda saya iaitu "..walau apa yang akan terjadi, perkara utama yang saya dahulukan ialah sabar...".  Berkat kesabaran itu, jelas terbukti hati saya menjadi lebih tenang. Benarlah....


"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
-surah ar-rad (13):28



Bersama-samalah kita saling memperingati bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hambanya diluar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kerana.... sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-surah al-insyirah (94): 5.

Insyaallah, semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan buat semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau menyingkap perasaan tidak senang dalam entri kali ini. Sesungguhnya, saya juga masih mempelajari dan mendalami ilmu-Nya...

No comments: