Showing posts with label Penulisan Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Penulisan Cerpen. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Cerita Si Gadis Kampung Part 2 (Hana Insyirah)



Mia merenung jauh melihat kanak-kanak itu berkejaran riang.
“alangkah indahnya jika masa boleh diputar kembali……”

Mia bermolong sendirian……astaghfirullah alazim…ampun kan dosaku Ya Allah, aku seperti menolak segala apa yang telah Kau kurniakan kepada ku.

Mia menggelengkan kepala dan kembali menyelak buku yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah yang banyak membantunya selama ini. Kadangkala dia tersenyum sendiri apabila membaca buku itu, apa tidaknya hampir kesemua bahagian topik buku itu berkait rapat dengan dirinya. Kata Hati VS Kata Ilahi. Mia tidak pernah merasa bosan walau sedetik pun apabila membaca buku ini. Maklumlah pemberian insan yang begitu berharga buatnya. Melihat waktu yang semakin pantas berlalu, Mia lantas mengemaskan apa yang perlu kerana sebentar lagi waktu kuliah.

Seperti kebiasaan, Mia dan sahabatnya mengorak langkah menuju ke dewan kuliah. Dua bulan di kampus, Mia belum dapat membiasakan diri dengan keadaan tersebut apatah lagi dengan cara pembelajaran yang sangat berbeza dari sekolah. Semuanya perlu dicari sendiri. walaubagaimanapun, Mia bersyukur kerana dia mempunyai teman-teman baru yang saling memahami antara satu sama lain. Hari ini mereka akan melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Terpancar sedikit kerisauan dalam hati Mia. Apatah lagi, dia belum benar-benar mengenali teman sekuliahnya. Satu persatu nama teman sekuliahnya disebut. Semakin lama semakin gelisah hati Mia memerhatikan pergerakan pensyarahnya.

“Kumpulan sembilan…Hana Insyirah, Zulaikha, dan Nurul Ain……”, Puan Syakila menarik nafas lega apabila kesemua pelajarnya dibahagikan dalam kumpulan. Biarpun letih menyebut setiap nama, namun dia pasti dengan cara itu, pelajarnya dapat mengenal erti kerjasama antara satu sama lain.

“Puan, Faris Awatif 1 kumpulan dengan puan la…nama dia tak disebut lagi….”, kedengaran suara sumbang dibelakang menuturkan nama Faris Awatif. Dewan kuliah menjadi hinggar binggar seketika dengan tawa penuntutnya. Puan Syakila menepuk dahinya. Mia turut tertawa melihat gelagat teman sekuliahnya.

“Ishhhhhh…kau ni Syazwi, malu la….heee”, ujar Faris Awatif lantas membaling pen ke arah sahabatnya yang nakal itu.

“Faris, kamu masuk kumpulan yang terakhir, kumpulan Hana. Setiap kumpulan wajib hantar draf dalam masa tiga minggu. Sesiapa yang lewat, saya tolak markah sahsiah”, usul Puan Syakila.

“Okey puan….”,


Mia menutup kitab itu dan menarik nafas lega. Hatinya rasa lapang dan mindanya ligat berfikir tentang apa yang telah dibacanya tadi.

Firman Allah SWT:
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”-Surah al Insyirah (94):5.

Mia menyedari bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mahu atau tidak, setiap manusia harus mempercayai ketentuan-Nya.

“Cukuplah Allah bagiku…..”, getus hati Mia. Sudah puas dia memejamkan mata pada malam itu, namun bagaikan ada sesuatu yang menghalangnya dari menikmati tidur yang lena. Mia lantas duduk bersandar pada dinding. Mia lantas membuka diari kecilnya. Dua keping gambar itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Masih terbayang-bayang dalam mindanya. Hari terakhir dia mencium tangan kedua orang tuanya. Dingin terasa tangan kedua orang tuanya. Mia menatap wajah mereka yang sayu mengharapkan kepulangannya bersama segulung ijazah. Ya, lambaian terakhir itulah yang sentiasa tersemat dalam ingatannya. Dan selepas itu, dia hanya mampu menatap wajah yang kaku tidak lagi mampu berkata-kata. Ya Allah, di saat Mia baru memulakan langkahnya, kedua orang tuanya pergi dahulu. Bayangkan, di mana dia hendak mengadu kasih disaat dia memerlukan sokongan orang yang paling dia sayangi. Peneman duka di hati Mia adalah sekeping gambar ibu dan ayahnya. Hanya itulah satu-satunya harta pusaka yang Mia ada sekarang. Tanah waris yang ditinggalkan untuknya kini dibawah jagaan Pak Hamid, adik ayahnya. Mia tidak mahu menuntut apa-apa kerana dia sedar, dia belum mampu untuk menguruskan tanah itu sendirian. Syukurlah berkat pertolongan Pak Hamid, Mia meminta Pak Hamid untuk menjaga tanah waris itu. Suatu waktu nanti Mia akan kembali juga

“Mia, nak azan dah ni, bangunlah…”, ujar Zulaikha sambil menepuk bahu temannya itu.

Mia mengosok matanya. Astagfirullahalazim, hampir subuh rupanya. Dia sendiri tidak sedar bila matanya terlelap. Lantas dia menutup diari itu dan meletakkan kembali ke dalam laci.

Selesai sahaja solat, doa dipohon kepada-Nya. Sesekali hatinya berasa syahdu. Air mata tidak pernah lekang dari wajahnya setiap kali memohon doa kepada Maha Pencipta. Solat berjemaah dengan rakan serumahnya sudah menjadi kewajiban bagi mereka. Malah, setiap apa sahaja yang dilakukan, mereka pasti mengerjakannya bersama. Tidak ada seorang pun yang tertinggal meskipun mereka baru kenal sebulan. Itulah namanya rezeki dari Allah kerana mempertemukan mereka dan saling mengenali antara satu sama lain.

“Zu, Ain, apa kata hari ni kita buat perbincangan kumpulan?”, cadang Mia sambil melipat sejadah.

“Yah, bisa aja..lagian hari ini aku ngak ada acara. Kamu gimana Ain? Mau ngak?”, jawab Zulaikha, anak kelahiran Indonesia itu. Kadangkala Mia dan Ain sendiri tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh Zulaikha.

“Aku juga bisa….”, ujar Ain sambil tertawa. Zulaikha lantas menarik telinga temannya itu. Begitulah mereka, rumah itu tidak pernah sunyi dek gurauan antara satu sama lain.

“Ya udah, cepetan mandi sana, ntar mobilnya biar aku yang bawa”, ujar Zulaikha sambil bercekak pinggang seperti seorang ibu yang mnyuruh anak-anak untuk bersiap ke sekolah.



Tuesday, November 16, 2010

Warkah bt Abang


Assalamulaikum abang,
Abang sihat? Tihah harap abang sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA…Abang, maafkan Tihah kerana mengutus surat ini berulangkali. Tihah tau semua ni buat abang semakin bosan dengan Tihah kan?

Abang,
Masih ingatkah pertemuan pertama kita dulu? Pertemuan yang kita tak pernah sangka hingga boleh membawa kita ke jinjing pelamin.Tihah masih ingat kenangan tu, mula2 Tihah pun tak sangka abang boleh luahkan perasaan kat Tihah. Yela, Tihah ni pun bukan cantik sangat dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Cara abang dekati Tihah pun unik sangat. Tak pernah Tihah jumpa lelaki seunik abang. Cara abang, tingkahlaku abang, penampilan abang, semuanya masih segar dalam ingatan Tihah sampai sekarang. Tihah langsung tak boleh lupakan semua tu. Tihah benar2 merindui abang.

Abang,
Masih ingatkah buat pertama kali kita bersemuka? Renungan mata abang membuatkan Tihah tertunduk dan malu untuk bercakap dengan abang. Mulai hari tu, bila terjumpa dengan abang, Tihah hanya menundukkan muka, Tihah malu kerana dipandang sebegitu. Tihah takut pandangan mata lelaki boleh membawa Tihah ke arah kealpaan. Namun Tihah tahu, keikhlasan dalam hati abang lebih dari segalanya sehinggalah abang membuat sesuatu yang Tihah sendiri tak sangka. Tihah benar2 merindui abang.

Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama kali abang mengenggam tangan Tihah? Tangan abang yang panas melunturkan kegemuruhan tangan Tihah di saat abang menyarungkan cincin ke jari manis Tihah. Dahi Tihah abang cium, mula terasa kasih sayang seorang lelaki yang kacak kepada seorang perempuan yang polos. Mulai saat itu, ke mana saja Tihah pergi abang ada di sisi. Tihah tak pernah rasa rimas kerana abanglah pelengkap hidup Tihah. Tihah rindu saat2 manis itu bang, tak pernah sedikit pun pudar dari ingatan Tihah.

Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama kalinya Tihah menyediakan sarapan untuk abang? Pagi tu bersamaan hari pertama kita berada di rumah baru,genap seminggu juga perkahwinan kita. Tihah bangun seawal 5 pagi. Tihah ingatkan Tihah yang awal bangun, rupanya abang sudah terlebih dahulu bangun. Tihah nampak dan dengar suara merdu abang mengalunkan ayat al-Quran. Indahnya waktu itu. Dikala Tihah terleka melihat wajah abang, mata kita bertentangan. Lantas Tihah bangun ke bilik air untuk mengambil wudhu. Kita mendirikan solat bersama-sama. Terharu Tihah apabila abang mengucup dahi Tihah sama seperti ketika bergelar isteri kepada abang. Tihah pula mencium tangan abang tanda hormat dan kasih saying Tihah pada abang. Tepat jam 6 pagi, Tihah lantas menyiapkan sarapan pagi. Bila abang menjamah nasi goreng kampung yang Tihah masak, muka abang berkerut seribu. Tihah tergaman. Abang merenung Tihah seperti biasa lalu tersenyum dan berkata “sedap masakan Tihah, boleh tak masak untuk abang ari2….?” Tihah menarik nafas lega. Indahnya saat kenangan itu bang, Tihah masih kenang dalam ingatan Tihah.

Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama abang beritahu Tihah abang dapat kenaikan pangkat dalam syarikat? Tihah tumpang gembira. Abang tidak berhenti senyum dengan apa yang abang perolehi. Tihah juga tersenyum dengan kejayaan abang. Abang, saat itu lah yang mula mewujudkan jurang antara kita. Genap 2 tahun perkahwinan kita, abang mulai sibuk dengan urusan pejabat abang. Setiap minggu abang outstation, berjumpa client. Kadangkala abang tidak punya masa untuk Tihah, seperti dahulu. Tihah mula berseorangan ke sana, ke mari. Tapi Tihah tahu semua tu untuk masa depan kita. Tihah faham. Tihah mengerti.
Satu hari tu, Tihah tak sihat, abang balik lewat ke rumah. Tihah terlelap di ruang tamu menunggu kepulangan abang. Abang mengetuk pintu berulang kali barulah Tihah sedar. Bila Tihah buka pintu, abang mula marah. Maafkan Tihah bang. Tihah tak tahu abang lupa bawa kunci. Bila abang marah, Tihah tak bersuara sepatah hanya menuturkan perkataan maaf, namun abang tidak memperdulikan semua itu dan berlalu menuju ke bilik. Buat pertama kali, air mata Tihah mengalir sepanjang perkahwinan kita.

Abang,
Masih ingatkah lagi pertama kali tangan abang singgah di pipi Tihah? Pagi tu Tihah bersiap untuk pergi ke pejabat. Seperti biasa, Tihah menyiapkan sarapan untuk abang, sama seperti dahulu, makanan kegemaran abang, nasi goreng kampung dengan air teh. Namun pagi itu, abang tidak menjamah hidangan yang Tihah sediakan. Abang berlalu pergi. Tidak lagi seperti dahulu, abang cium dahi Tihah sebelum pergi ke pejabat. Tihah rindukan semua tu abang. Tihah sedih sangat, kenapa abang berubah? Sejam selepas itu, Tihah berada dalam perjalanan ke pejabat. Tiba2 abang call Tihah. Tihah sambut dengan kegirangan. Rupanya, fail mesyuarat abang tertinggal dalam kereta Tihah dan abang minta Tihah untuk menghantar fail itu ke pejabat abang. Tihah sudah terlewat ke pejabat dan demi abang, suami tercinta, Tihah hantar fail tu dengan secepatnya. Namun, tanpa Tihah sangka, kereta Tihah mengalami masalah dan hampir sejam barulah Tihah sampai ke pejabat abang. Lantas berjumpa setiausaha abang, Aisha. Tihah masuk ke bilik abang dan Tihah lihat abang mundar mandir di hadapan meja. Tihah menghulurkan fail abang dan Tihah dapat melihat muka abang berubah bengis. Tihah tak sangka tangan yang dulu memegang erat tangan Tihah, kini dihayunkan ke pipi Tihah. Tihah terundur kerana tindakan abang, darah di bibir mulai mengalir. Manik2 jernih mula jatuh di pipi. Suara abang memenuhi ruangan kerja. Pertama kalinya abang menengking Tihah. Maafkan Tihah bang, Tihah tak sengaja, bukan kemahuan Tihah kereta tu rosak. Tihah menuturkan perkataan maaf, namun abang menyuruh Tihah keluar dari ruangan itu. Tihah redha bang. Walaupun ini adalah kenangan pahit buat Tihah, namun Tihah masih simpan dalam memori kita berdua.

Abang,
Masih ingatkan lagi pada ulangtahun perkahwinan kita? Malam tu Tihah tunggu abang balik. Abang pun dah janji nak balik. Jam menunjukkan 1.00am. sudah terlalu lewat. Namun Tihah setia menanti abang, kerana hari ini hari teristimewa buat kita.

bersambung.....

Friday, October 15, 2010

Benarkah itu cinta? Part 1

Awak, hari ni saya rasa happy sangat. Awak nak tahu tak kenapa? Sebab hari ni saya boleh online, tengok page Facebook awak lagi. Saya bersyukur sangat sebab dapat tengok awak senyum, dapat tengok status awak yang sentiasa menunjukkan awak happy. Saya pun happy juga wak..

Awak, ingat tak lagi masa pertama kali kita berkenalan? Masa tu awak dan kawan-kawan awak tengah lepak kat library. Saya pula masih junior ketika tu. Tengah saya sibuk cari buku untuk rujukan tugasan saya, awak berdiri besebelahan dengan saya. Tiba-tiba saja awak minta nombor telefon saya. Mesti awak dapat tengok riak wajah saya yang meluat kan. Lepas tu saya terpandang kawan-kawan awak dekat satu sudut. Saya tahu itu cuma satu permainan antara awak dengan kawan-kawan awak. Saya langsung tak pedulikan awak dan terus berlalu macam tu jak. Tapi apa yang penting, itu lah pengalaman yang paling berharga untuk saya dalam seumur hidup ni. Selama beberapa bulan, setiap kali bertembung dengan awak, awak mesti nak sakat saya. Pernah sekali tu, saya sembur awak dengan air kelapa sebab saya rasa sikap awak kurang ajar dengan saya. Haha… lawak sangat masa tu.

Tapi, tiga bulan selepas tu, masa mula sem baru,awak tak muncul dah kat depan saya. Saya pun tak tahu awak menghilang ke mana. Saya pun malas nak ambil tahu sebab saya tahu awak dan kawan-kawan awak memang terkenal dengan sikap nakal kat tempat ni. Ada satu hari tu, masa saya keluar dari library, saya terdengar perbualan kawan-kawan awak.
“Korang nak join tak petang ni?”
“Petang ni? Kita nak ke mana? Ala..kalau engkau tu tak sah la, mesti nak turun gelenggang bola jaring, nak ngurat si Natasha tu”
“Ishh, bukan la. Aku nak melawat Kimi kat hospital, adik dia call aku tadi”
“Ha?? Kimi masuk hospital? Ko biar betul Zul.. Budak tu dah la lama menghilang, tak da khabar pula. Tetiba jak hari ni ko kata dia masuk hospital”
“Betul la. Aku tak tipu. Aku pun baru jak tahu berita ni. Tu pun Husna yang call aku”
“Husna? Sejak bila pula ko dah tukar taste ni Hafizul? Dah beralih dengan budak alim pula….”
“Hishhhh…mengarut la korang ni. Dah..korang nak join ke tak ni?”
“Mestilah join…jam 2 kita orang tunggu kat bustop depan tu eh..”
“Okey..”

Awak tahu tak apa saya rasa masa tu? Saya terkejut sangat, saya tak sangka awak masuk hospital. Tapi dalam hati saya juga mengatakan ‘padan muka awak’,,kejam ke saya ni? Dalam masa beberapa bulan tu, saya rasa gembira yang amat sangat sebab saya rasa dah bebas dari ‘kongkongan ’ awak. Tapi ada benda yang saya tak faham dalam diri saya. Saya rasa suatu kekosongan dalam diri ni. Tak kan lah saya angau sebab awak. Tak mungkinlah sebab saya awak bukan siapa-siapa untuk saya dan saya tak boleh ikut perasaan saya. Ala..dah memang adat budak-budak kampus kan? Senior nak mengurat junior la kononnya.

Sekarang dah masuk hujung sem, biasalah waktu-waktu macam ni, semua sibuk nak mengadap kertas peperiksaan. Saya pun sibuk juga. Rasa macam tak terangkat pula beban di bahu. Masa tu, saya tak dengar dah cerita tentang awak. Dah tenggelam macam batu yang dilemparkan dalam air. Awak, nak tahu tak hari ni hari terakhir saya masuk exam? Sekali lagi saya rasa gembira sebab saya nak balik kampung jumpa keluarga yang tercinta. Sehinggalah hari terakhir saya kat kampus, saya masih tak nampak kelibat awak. Kawan-kawan awak Hafizul, Faris dan Luqman selalu terserempak dengan saya. Tapi saya pelik dengan sikap kawan-kawan awak tu, sejak awak tak da, dorang dah macam jadi budak baik. Hafizul dah bertukar wajah. Ehh, maksud saya penampilan, dah pakai songkok, rambut pun dah tak macam lalang yang kena racun rumput. Faris dan Luqman pun macam tu, dah tak ngurat awek library lagi. Bila bertembung dengan dorang, saya cuma mampu tersenyum dan dorang pun dengan selamba menegur saya. Saya selesa dengan keadaan itu, tapi rasanya tak lengkap tanpa awak.

Awak, hari ni hari terakhir saya kat kampus sebelum balik kampung. Tiba-tiba saya dapat panggilan dari seseorang. Ya, seseorang yang saya kenal. Itu Hafizul, kawan baik awak. Hafizul kata dia nak jumpa saya sebelum saya balik kampung. Mulanya saya hairan sangat sebab sebelum ni dia tak pernah call saya dan dari mana dia dapat nombor telefon saya? Tapi tak apa lah mungkin dari Aleya rakan sebilik saya. Awak, masa saya jumpa Hafizul, dia nampak sedih sangat. Saya pun jadi pelik, bila saya tanya dia kata tak ada apa-apa. Jadi saya tak lah peduli sangat. Then, dia ada bagi saya 1 sampul berwarna biru, comel sampul tu. Bila sampul tu dah berada dalam genggaman saya, Hafizul memberikan salam dan terus berlalu begitu saja. Saya dengan selamba membelek sampul biru itu dan tertulis di belakang sampul itu ‘Hanya untuk Annesa'.

bersambung....