"Ya Allah, hanya pada Mu ku mengadu, hanya pada Mu ku meminta...bantulah hamba Mu ini menghadapi segalanya...."
Sudah berkali-kali dia menyapu air mata itu, namun hati yang pedih tidak mampu mengawal kelopak matanya dari manik-manik putih jernih itu.
"Ya Allah, sungguh pedih hatiku. Aku tidak kuat lagi Ya Allah. Tapi aku juga tidak mahu mengingkari janjiku pada Mu Ya Allah. Sungguh aku tidak mahu.......
Jujur, aku sudah penat dengan perjalanan ini. Aku tidak punya kekuatan. Aku mohon Ya Allah...tetapkan hatiku pada Mu..."
"Hahaha alah, macamlah kau tak tahu..dia tu dah la buat muka skema. Depan orang lain tunjuk baik, padahal dialah yang lagi teruk. Ishhhhhh...tunjuk alimlah tu..."
Hampir renyuk kertas itu dalam genggamannya. Air mata mengalir lagi. Bibirnya menahan sedu di hati. Hanya satu dalam fikirannya. Allah, Maha Pencipta..
"Salahkah niatku untuk menjadi lebih baik? Salahkah niatku untuk menegakkan suruhan Nya? Salahkan aku merubah segalanya sedangkan aku berubah untuk diriku sendiri dan aku juga tidak meminta apa-apa dari kalian..." Dia berfikir sejenak..mengapa manusia disekelilingnya seolah-olah mempertikaikan perubahan dirinya. Dan dia juga cuba untuk memikirkan mengapa manusia disekelilingnya tidak senang melihat perubahan dirinya. Ada saja yang tidak betul di mata mereka. Dia mencuba untuk berhijrah lebih jauh namun ada sahaja dugaan yang mendatang. Dia melihat hijab yang tersadai di atas katil. "Aku memakai hijab labuh bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk riak, tapi kerana Allah.. Aku memakai hijab labuh bukan bererti aku tahu dan faham segalanya mengenai agama, aku juga masih belajar mengenalinya, aku masih belajar untuk mendekatkan diri pada Nya...."
"Astaghfirullah al azim, ampunkan aku Ya Allah, aku terlalu hilaf. Aku terlalu memikirkan kata-kata dan pandangan manusia sedangkan Engkau lah pemilik sekalian alam. Mengapa aku harus leka dengan pandangan mereka sedangkan Engkau lah yang menentukan segala. Dosa, pahala, baik, buruk. Hanya Engkau yang layak menilai semua itu..."
Hati kecilnya bersuara. Sapulah air mata itu, ubati lah hatimu dengan mengingati Allah. Kerana dengan itu lah hatimu akan tenang semula. InsyaAllah...
"Aku berlindung dengan Allah...dari kejahatan syaitan yang tersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia..."-surah an-nas (114): 1-5
Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts
Friday, July 6, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Jangan Lalui Sebuah Perjalanan tanpa Memikirkan Hikmahnya
Assalamualaikum para pembaca yang budiman,
Setiap entri yang saya tulis bukanlah hanya hiburan semata-mata, bukanlah untuk riak dihadapan mata manusia yang melihat. Namun untuk saling berkongsi, saling memperingati antara satu sama lain tentang kehidupan kita di dunia ni. Mungkin ada yang tidak sedar, ada yang hanya melihat perjalanan hidupnya sebagai sebuah perjalanan yang begitu membosankan. Sedarlah wahai insan, jangan lalui sebuah perjalanan tanpa memikirkan hikmahnya. Adalah rugi bagi mereka yang melalui kehidupan ini dengan keseronokan semata-mata.
Pernahkan anda terfikir tentang mengenai sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri anda sendiri tidak kiralah ianya melibatkan orang lain atau tidak. Pasti ada cerita yang panjang yang kekal dalam ingatan anda. Pasti ada perasaan marah, benci dan tidak puas hati dan sebagainya. Dan tidak kurang juga dengan keluhan di hati anda seperti ini,
Firman Alllah,
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suda kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan Allah jualah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
-Surah al-baqarah (2): 216
Subhanallah, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Maka, jika anda menghadapi sesuatu musibah, hadapilah dengan kesabaran dalam hati. Apatah lagi yang melibatkan sesama manusia. Mungkin anda pernah berkata sebegini, "..........ahhh, sabar itu ada batasnya, sampai bila aku harus bersabar dengannya..?". Saya akui, saya juga pernah berkata sedimikian. Dan apabila saya memikirkannya kembali, hanya satu ayat yang timbul dalam minda saya iaitu "..walau apa yang akan terjadi, perkara utama yang saya dahulukan ialah sabar...". Berkat kesabaran itu, jelas terbukti hati saya menjadi lebih tenang. Benarlah....
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
-surah ar-rad (13):28
Bersama-samalah kita saling memperingati bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hambanya diluar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kerana.... sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-surah al-insyirah (94): 5.
Insyaallah, semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan buat semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau menyingkap perasaan tidak senang dalam entri kali ini. Sesungguhnya, saya juga masih mempelajari dan mendalami ilmu-Nya...

-kenapalah nasib aku selalu macam ni?
-alangkah bahagianya hidupku jika berada ditempatnya,
-kenapa aku selalu diuji dan kenapa orang lain tidak seperti aku?
-kalaulah aku boleh lari dari semua masalah ni...
-sedihnya......
Firman Alllah,
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suda kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan Allah jualah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
-Surah al-baqarah (2): 216
Subhanallah, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Maka, jika anda menghadapi sesuatu musibah, hadapilah dengan kesabaran dalam hati. Apatah lagi yang melibatkan sesama manusia. Mungkin anda pernah berkata sebegini, "..........ahhh, sabar itu ada batasnya, sampai bila aku harus bersabar dengannya..?". Saya akui, saya juga pernah berkata sedimikian. Dan apabila saya memikirkannya kembali, hanya satu ayat yang timbul dalam minda saya iaitu "..walau apa yang akan terjadi, perkara utama yang saya dahulukan ialah sabar...". Berkat kesabaran itu, jelas terbukti hati saya menjadi lebih tenang. Benarlah....
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
-surah ar-rad (13):28
Bersama-samalah kita saling memperingati bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hambanya diluar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kerana.... sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-surah al-insyirah (94): 5.
Insyaallah, semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan buat semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau menyingkap perasaan tidak senang dalam entri kali ini. Sesungguhnya, saya juga masih mempelajari dan mendalami ilmu-Nya...
Sunday, July 1, 2012
Panduan Buatmu Wahai Muslimah
Assalamualaikum, ari ni ari ahad bersamaan 1 Julai, hehehe semua orang pun tau, Hari ni saya mau share something. Balik2 share... sHaring iS caRing ^___^ hihi. Haaaa buat insan yang bergelar wanita, perempuan, girls, womens hehe...sama saja, moleklah jika membeli buku ni. Amboi macam promoter pula, ehehe, apa2 pun buku ni best, menyingkap pelbagai persoalan tentang wanita contohnya macam, aurat, wangian, adab dengan muhrim & bkn muhrim, perkahwinan, batas pergaulan, puasa...Huuu banyak tau info, rugi la kalau x beli hehe...saya bukan mau mempengaruhi orang tau, apa apa yang baik seharusnya dikongsi bersama betul x?
cantik kan tajuk buku ni? menarik perhatian...SEJELITA BIDADARI SYURGA..
Tuesday, February 7, 2012
AL-HAKIM (Maha Bijaksana)
assalamualaikum para pembaca budiman, hari ini saya ingin membuat satu perkongsian ilmu mengenai apa yang telah saya baca. Alhamdulillah, isinya cukup menarik hati malah mendorong saya untuk membaca berulang kali tanpa rasa jemu. Walaupun ada sesetengah isi kandungannya sudah diketahui, namun saya tetap terus membacanya. Judul buku tersebut bertajuk 99 Nama Allah Tersohor: Khasiat dan cara beramal. Alhamdulillah, kini hampir separuh daripada topik yang terdapat dalam buku tersebut dibaca oleh saya. Namun apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai AL-HAKIM yang didefinisikan sebagai Maha Bijaksana.
Segala sesuatu yang diciptakan-Nya dengan tujuan yang tinggi. tidak pernah ada satu kejadian yang sia-sia yang tidak ada maksud dan tujuannya. Setiap apa yang diciptakan-Nya di alam ini walau sekecil zarah sekalipun mempunyai tujuan tertentu yang tidak ternilai harganya. Terdapat banyak contoh yang boleh kita ambil, antaranya ialah:
1) Penciptaan syaitan dan iblis: untuk menguji dan menggoda seteguh mana keimanan dan keyakinan golongan beriman terhadap Allah S.W.T. ini juga adalah sebagai peringatan kepada hamba-Nya agar sentiasa berwaspada.
2) Tumbuh-tumbuhan: sumber makanan, perlindungan daripada pencemaran udara, panas matahari. Malah tumbuh-tumbuhan ini juga berperanan dalam menampilkan keindahan panaroma alam, rasa selesa, bersih dan mendamaikan.
3) Haiwan: sebagai sumber ekonomi manusia contohnya membantu manusia dalam kerja-kerja membajak kawasan pertanian (rentetan aliran zaman moden, manusia sudah menggunakan mesin), memperoleh susu untuk dimanfaatkan dan ada sesetengah haiwan yang dijadikan sebagai pengangkutan.
4) Sumber-sumber alam: membekalkan pengairan dan sumber untuk manusia seperti minyak, besi, tembaga, emas dan sebagainya.
5) Matahari: sebagai sumber tenaga, menerangi alam pada waktu siang hari dan memudahkan manusia mencari rezeki. Ia juga penting dalam proses fotosentesis.
6) Bintang: panduan para pelaut yang sedang dalam pelayaran di lautan luas agar mereka tidak tersesat.
7) Bulan: memudahkan manusia untuk mengira jumlah bulan/perjalanan masa/musim dalam kehidupan mereka. malah, bulan juga membantu dalam mengira masa berlakunya pasang surut.
8) Zakat: mendidik manusia dalam bersikap tolong-menolong,
9) Puasa : membersihkan jiwa dan peribadi manusia daripada sifat-sifat buruk yang begitu banyak. Malah mendidik manusia merasakan kesusahan hidup dan penderitaan golongan fakir yang bersusah payah untuk mendapatkan makanan demi mengalas perut yang kosong.
sekian sahaja perkongsian kali ini ^__^InsyaAllah, perintah Allah dipatuhi, tegahan Allah dijauhi...
Assalamualaikum..
Monday, January 23, 2012
Rahsia Solat
Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM..
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM..
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A… W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “ FRIDAY the 13th “ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Sunday, January 8, 2012
…Cerita Si Gadis Kampung…
Mia (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang agak naïf dalam agama. Ayah dan ibunya tidak pernah mengajarnya erti sebenar Islam, cukuplah sekadar tahu Islam dari parasnya. Berhijab, puasa, zakat, dan menghormati ibu dan ayah, itulah yang diketahuinya sejak kecil. Ayahnya adalah seorang petani manakala ibunya bekerja sebagai tukang masak di asrama di sekolah Mia. Setiap petang, ibunya menginginkan Mia supaya pergi ke sekolah agama yang berhampiran dengan rumah mereka di hujung kampung. Setahun awal Mia menjejakkan kaki ke sekolah agama itu, Mia sudah dapat merasakan ada cahaya yang dapat membantu dirinya disitu, memandangkan kedua ibu bapanya tidak peka akan hal2 agama. Namun, semakin lama Mia berasa di situ, dia berasa sangat malu pada teman2nya kerana dia agak jahil tentang agamany sendiri.
Sehingga satu saat, ustazah di sekolah itu memilihnya untuk mengikuti peperiksaaan sekolah agama, Mia agak terkejut dan panik. Haruskah dia menolak atau menerima bulat2 tawaran tersebut? Bagaimana dia akan menjalani peperiksaan itu dengan keadaannya yang serba naïf. Dia sangat takut, apatah lagi disuruh untuk membaca al-Quran dihadapan guru yang tidak pernah dikenalinya. Guru tersebut lantas memarahinya. Air mata mengalir dipipi dan perasaaan malunya tidak tertanggung lagi. Selesai sahaja peperiksaaan yang berlangsung selama seminggu itu, Mia mula menyalahi kedua ibu bapanya, dia merasakan bahawa hidup nya tidak adil seperti orang lain. Dia cemburu dengan keadaan orang lain yang mempunyai ibu bapa yang bijak pandai dan mempunyai ilmu agama yang agak tinggi. Mia menangis dan meratapi nasibnya. Dia ingin menyatakan hal yang dialaminya itu kepada kedua orang tuanya namun, dia amat takut.
Bertahun lamanya, keadaan Mia berterusan sehinggalah Mia masuk ke sekolah menengah. Mia masih tidak mampu untuk melafazkan setiap bait2 dalam kitab kalam Allah itu. Perasaaan malu dalam dirinya semakin menapak dalam. Mia berasa sangat rendah diri, rakan-rakannya yang lain sudah menguasai setiap bacaan al-Quran. Mia sedar, dia beruntung umurnya masih muda dan memiliki peluang untuk mempelajari al-Quran. Bermula dengan langkah pertama, Mia mengenali huruf alif sehinggalah penghujungnya. Hatinya riang kerana sekurang2nya dia mampu untuk menyebut huruf2 tersebut. 3 tahun berlalu, Mia berpindah sekolah dan terpaksa berpisah dengan kakak dan abangnya. Hatinya mula takut. Maklumlah dia tidak pernah berpisah jauh dengan ahli keluarganya. Bagaimana pula dengan apa yang dipelajarinya selama ini? Mia masih naïf lagi. Dan terus naïf.
Pada tahun 2006, Mia berpindah sekolah dan persekitaran disitu agak berbeza dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, Mia merasakan dirinya agak beruntung kerana dia, terdapat beberapa insan lain yang juga sepertinya. Sekurang2nya Mia tidaklah berasa malu apabila mereka berkumpul. Dari saat itu, Mia mula sedar dan benar2 cuba untuk mendekati Allah. Memohon keampunan dengan bersungguh2 dan cuba untuk mempelajari ilmu Allah. Sedikit demi sedikit Mia mula menguasai apa yang dipelajarinya. Namun, perasaan malunya masih menebal. Jika dulu dia malu pada teman2nya, tapi sekarang dia malu kepada Maha Pencipta. Malu kerana masih tidak mengenali kitab Nya.
Mia meneruskan kehidupannya dengan merasakan dirinya begitu naïf. Apabila dewasa, Mia sudah menyedari bahawa dia harus berubah dan mengubah cara hidupnya. Dia cuba untuk memperbaiki dirinya. Baju yang ketat, hijab yang pendek, alat persolekan, dan hatinya sendiri perlu diubah. Malah, apa yang penting solatnya harus dijaga. Sehingga satu saat, Mia dipertemukan dengan seorang hamba Allah. Disitu, Mia nekad menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Keranan jika dia terus hidup dalam keadaan naïf seperti ini, dia jelas sudah mempersiakan peluang yang diberikan oleh Allah. Air mata penyesalan mengalir pantas. Sokongan dan dorongan diberi padanya agar tidak jatuh dari kehidupan yang fana ini. Akhirnya, dengan bantuan hamba Allah tersebut, Mia semakin bersemangat untuk meneruskan azamnya.
Mia mula untuk menukarkan dirinya seperti apa yang dituntut dalam agama. Bagaimana pula dengan rasa malu itu? Adakah masih ada dalam dirinya? Ya, ianya masih kekal sehingga kini. Mia sangat malu jika hijabnya terbelah atau disingkatkan, malu jika bajunya agak nipis dan menjadi tontonan umum, malu jika tidak menundukkan pandangannya dari kaum adam, dan paling penting malu kepada Allah.
Saat ini, Mia masih lagi cuba untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi muslimah sejati. Ya muslimah sejati yang tidak akan pernah akan membiarkan anak2nya nanti mewarisi dirinya yang naïf dahulu. InsyaAllah. Dialah Mia gadis kampung.
''Tiada yang dapat merubahkan nasib dirimu, kecuali dengan dirimu sendiri...insyaAllah...''
Monday, October 31, 2011
Hitam Putih Hidup Ku....

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
Mendengar doa taubat nasuha ini berkumandang, aku tergaman seketika, hatiku menjadi sayu dan pilu...Betapa hilafnya aku atas dosa-dosa yang telah ku lakukan Ya Allah sama ada dalam kesedaran atau dluar kesedaran ku...Ya Allah...ampuni dosa ku Ya Allah..Titisan manik putih mengalir tidak berhenti mengharapkan keampunan dari Nya. hatiku meronta menyesali segala kehilafan yang ku lakukan itu. Ya Allah, aku ingin kembali ke jalan Mu, terimalah taubat ku ini Ya Allah, hanya pada Mu Ya Allah...Maha Pengampun dosa hamba Nya..Ya Allah, ku pohon dari Mu keampunan, ku pohon dari Mu ketenangan jiwa, ku pohon dari Mu berikanlah ku kekuatan untuk berjihad di jalan Mu..Ya Allah...semoga ada sinar buat ku....Amin...
Monday, July 11, 2011
Cinta Nobita & Sizuka *msti baca

Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk yg memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ......
[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~
Monday, June 27, 2011
Kisah Hidup Muslimah: Hikmah Sujud
Ari ni, aq nak kongsi ngan pembaca blog tentang SOLAT. aq akui aq ni xlah bijaksana dalam hal2 agama, aq juga masih belajar dan ingin menguasai ilmu agama ini. Seperti yang kita tau, dalam solat ni banyak aspek. Apa yang aq nak kongsi ialah tentang hikmah sujud dalam solat. Ok...meh kita tengok apa yang terdapat dalam list hikmah sujud ini. Opss sebelum aq share, aq nak gtau dulu dr mana aq dapat info ni k..nanti ada pula yang kata aq ni memandai bt ceta pula hehehe...info ni aq dapat dari buku yang aq dah baca iaitu FORMULA SOLAT SEMPURNA. Info ni sangat penting untuk kita mengetahuinya.. lebih2 lagi buat muslimah di luar sana.
Antara hikmah sujud ialah:
1. melegakan sistem pernafasan.
2. mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. bernafas ketika sujud akan:
-membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
-membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
-melegakan sakit hernia(sakait hernia ni aq belum tau lg sakit jenis apa, nanti aq cari info nya).
-menggurangkan sakit ketika senggugut (wow...satu penawar yang jarang aq jumpa, selalunya guna perubatan tradisional or moden, ni la keistimewaannya bila kita bersolat. jangan pula salah faham dengan fakta ni, wanita yang dtg haid memanglah diharamkan bersolat, means fakta ni masa wanita tu x uzur la)
-mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen.
-kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
-meringankan bahagian pelvis.
-memberi dorongan untuk mudah tidur (sapa2 ad masalah tido better la bersolat, tapi jangalah bersolat semata2 hnya untuk melenakan tido, tapi niat kerana Allah..kena ingat tu...)
-apa yang penting, kesan psikologinya adalah dengan merasa rendah diri dihadapan maha pencipta. sifat sombong, riak, takbur dapat dikikiskan.
TAHUKAH ANDA?
Kesan sujud juga diakui oleh fahaman agama lain seperti SIKH di Punjab. Buddha yang mengamalkan Yoga yang sujudnya hampir sama dengan sujud cara Islam.
Lihat nya, betapa besarnya fadhilat solat.. ni baru jak bahagian sujud, belum termasuk lagi bahagian-bahagian yang lain..Ya...Allah mengetahui segala-galanya..mahu baik atau buruk, setiap suruhanNya mempunyai makna yang tersendiri..Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami sehingga kini..
Ok...setakat ni jak perkongsian aq ngn korang (sapa2 jak la yang singgang kat bloq aq yang x seberapa ni)..Jom solat Isya'....dah masuk waktu dah...Salam....

Kisah Hidup Muslimah: Ceritera Buku
Minggu lalu, aq sempat g libary sebelum mulanya amali seni. Biasa la sebagai student kena banyak rujukan kan? Kalau x..camna nak bt keja. Aq pun puas pusing2 sekitar rak2 buku yang tingginya hampir mencecah syiling library tu (perumpamaan la). Pusing2 xjuga jumpa buku yang aq cari tu..last2 aq p la kat 1 area ni. Tau area ap? hehe buku2 motivasi n agama. Mata q masa tu masih lagi meliar cari buku rujukan. 1 saat tu mata q terpandang sebuah buku yang bertajuk FORMULA SOLAT SEMPURNA. PenuLis buku ni ialah Ust. Zaharuddin Abd. Rahman. Baru jak tengok cover buku ni, aq dah tertarik. Nak tau kenapa?Bila terpandang cover buku 2..aq nampak la ayat2 yang buat aq bfikir sehingga kini..ayat tu camni
"SEMPURNAKAH SOLAT ANDA SELAMA INI? TERCAPAIKAH KHUSYUK YANG PALING SEMPURNA? AYUH KITA SEMPURNAKAN SOLAT SEPERTI RASULULLAH"
Masa tu ati aq tertarik sangat. Tanpa fikirkan berapa buah buku aq pinjam, aq pun terus melangkah ke kaunter Library. Syukurlah buku itu boleh dipinjam alhamdulillah.
bila dah abis kuliah, aq tlupa pula nak baca buku tu..apa taknya penat dengan kuliah n keja2 yang lec beri. Maka dengan itu, buku yang aku pinjam tu pun tersadai di atas meja selama beberapa hari. 1 malam tu, sebelum tidur aq baca apa isi kandungannya. Ya memang sangat menarik. Masa tu aq baca scanning jak. yala aq ni jenis yang x sabar nak tau apa pengakhirannya (baca ala2 novel). tapi aq sedar, buku tu xboleh dibaca langkah2 hehe...satu persatu aq baca bermula dengan pengenalan solat. Masa membaca buku tu aq banyak berfikir mengenai fakta2 yang diberikan dan banyak memberi kesan pada aq. Ya..itu la sebenar2nya. Sampaikan malam tu aq tidur xlena memikirkan betapa hilaf dan alpa nya aq. Aq berfikir, apakah solat ku, ibadahku selama ini diterima oleh Maha Pencipta yang Esa, ALLAH S.W.T..Tapi lama lama kelamaan, aq dapat tidur juga hehe sebab penat kot. So setelah baca buku tu, aq mula memperbaiki mana2 aspek yang aq alpa. Aq bersyukur sebab diberi peluang membaca buku tu.. Alhamdulillah berkat info yang aq baca, aq mulai mendapatkan khusyuk dalam solat sedikit demi sedikit. Hati pula mulai tenang. Alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah. So..mulai ari ni, ap2 jak info yang aq dapat, InsyaAllah aq akan kongsi dalam blog ni.. sama2 lah kita berkongsi. APa yang aq xtau mungkin korang tau dan mungkin juga apa yang korang kurang faham aq akan bantu korang... tapi...ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui..Klu ada apa2 info yang kurang tepat tolong betul kan ek..

Subscribe to:
Posts (Atom)