Sunday, May 1, 2011

Realiti Kehidupan part 1

Ari ni ari Ahad..lembaran baru buat hidupku..memang aku sendiri pun tak tahu apa yang sudah jadi dalam hidup aku. Aku sedar semuanya berlalu dengan begitu cepat. Entah la, semester ni terasa macam sekejap saja. Mungkin saja aku terlalu sibuk dengan amali dan kuliah sehinggakan aku tidak pernah mengira waktu untuk balik ke rumah. Ya, jujur…..aku terlalu merindui mereka yang jauh di sana. Mama, bapa, kaka & satu-satunya abang kandung aku.
Tapi sebenarnya aku juga merindui seseorang yang sudah lama tidak ku temui. Dia teman seperjuangan ku di waktu sekolah, teman yang tidak pernah ku kenali namun pernah bertakhta dalam atiku. Sejujurnya, selepasa sahaja aku menamatkan SPM, aku tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya walau sedikit dan sekecil zarah pun. Dalam diriku ketika itu hanya ingin mengejar ilmu yang inginku kecapi. Aku juga seperti insan lain yang ingin masuk ke mana-mana institut pengajian tinggi. Namun, aku pasti tempatku bukan di situ. Ya, terlalu pasti dengan kata atiku. Dan bila aku mendapat keputusan UPU, benarlah tempatku bukan di situ. Mujur saja aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, jika tidak aku pasti kecewa. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang kepada ku. Aku mendapat surat panggilan temuduga untuk menjadi seorang pendidik. Ya Allah…ini juga adalah salah satu impian ku. Syukur pada Mu ya Allah kerana Engkau memberikan kurniaan yang tidak terhingga ini kepadaku.
Hari yang dinanti sudah pun tiba, rasa berdebar hanya Allah yang tahu. Namun dalam hatiku, aku seharunsya redha dengan apa sahaja ketentuan Nya. Setelah beberapa bula menunggu keputusan daripad apihak atasan, aku telah ditempatkan di salah sebuah institut di Sarawak. Apabila aku mendengarkan berita ini, hatiku berasa sangat gembira, namun aku juga turut terkilan kerana aku sekali lagi terpaksa berjauhan dengan keluargaku.
Hari ini…hampir genap dua tahun setengah aku berada di sini. Ya sudah lama aku disini bak kata orang sabah “basi suda aku di sini”. Walau sebesar manapun cabaran, akan aku harungi hanya demi kedua orang tua ku yang berada di kampong halaman. Hmmmm…berbalik pada kisah dia. Seperti yang ku jelaskan tadi, aku tidak pernah berfikir untuk mencarinya. Kerana bagiku zaman sekolah itu terlalu manis buatku dan aku hendak berubah menjadi seorang yang matang mengikut umurku. Benar…aku terkejut apabila menerima sapaan seseorang ketika aku membuka laman web Facebook. Adakah dia…..

No comments: