Tuesday, November 16, 2010
Warkah bt Abang
Assalamulaikum abang,
Abang sihat? Tihah harap abang sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA…Abang, maafkan Tihah kerana mengutus surat ini berulangkali. Tihah tau semua ni buat abang semakin bosan dengan Tihah kan?
Abang,
Masih ingatkah pertemuan pertama kita dulu? Pertemuan yang kita tak pernah sangka hingga boleh membawa kita ke jinjing pelamin.Tihah masih ingat kenangan tu, mula2 Tihah pun tak sangka abang boleh luahkan perasaan kat Tihah. Yela, Tihah ni pun bukan cantik sangat dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Cara abang dekati Tihah pun unik sangat. Tak pernah Tihah jumpa lelaki seunik abang. Cara abang, tingkahlaku abang, penampilan abang, semuanya masih segar dalam ingatan Tihah sampai sekarang. Tihah langsung tak boleh lupakan semua tu. Tihah benar2 merindui abang.
Abang,
Masih ingatkah buat pertama kali kita bersemuka? Renungan mata abang membuatkan Tihah tertunduk dan malu untuk bercakap dengan abang. Mulai hari tu, bila terjumpa dengan abang, Tihah hanya menundukkan muka, Tihah malu kerana dipandang sebegitu. Tihah takut pandangan mata lelaki boleh membawa Tihah ke arah kealpaan. Namun Tihah tahu, keikhlasan dalam hati abang lebih dari segalanya sehinggalah abang membuat sesuatu yang Tihah sendiri tak sangka. Tihah benar2 merindui abang.
Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama kali abang mengenggam tangan Tihah? Tangan abang yang panas melunturkan kegemuruhan tangan Tihah di saat abang menyarungkan cincin ke jari manis Tihah. Dahi Tihah abang cium, mula terasa kasih sayang seorang lelaki yang kacak kepada seorang perempuan yang polos. Mulai saat itu, ke mana saja Tihah pergi abang ada di sisi. Tihah tak pernah rasa rimas kerana abanglah pelengkap hidup Tihah. Tihah rindu saat2 manis itu bang, tak pernah sedikit pun pudar dari ingatan Tihah.
Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama kalinya Tihah menyediakan sarapan untuk abang? Pagi tu bersamaan hari pertama kita berada di rumah baru,genap seminggu juga perkahwinan kita. Tihah bangun seawal 5 pagi. Tihah ingatkan Tihah yang awal bangun, rupanya abang sudah terlebih dahulu bangun. Tihah nampak dan dengar suara merdu abang mengalunkan ayat al-Quran. Indahnya waktu itu. Dikala Tihah terleka melihat wajah abang, mata kita bertentangan. Lantas Tihah bangun ke bilik air untuk mengambil wudhu. Kita mendirikan solat bersama-sama. Terharu Tihah apabila abang mengucup dahi Tihah sama seperti ketika bergelar isteri kepada abang. Tihah pula mencium tangan abang tanda hormat dan kasih saying Tihah pada abang. Tepat jam 6 pagi, Tihah lantas menyiapkan sarapan pagi. Bila abang menjamah nasi goreng kampung yang Tihah masak, muka abang berkerut seribu. Tihah tergaman. Abang merenung Tihah seperti biasa lalu tersenyum dan berkata “sedap masakan Tihah, boleh tak masak untuk abang ari2….?” Tihah menarik nafas lega. Indahnya saat kenangan itu bang, Tihah masih kenang dalam ingatan Tihah.
Abang,
Masih ingatkah lagi buat pertama abang beritahu Tihah abang dapat kenaikan pangkat dalam syarikat? Tihah tumpang gembira. Abang tidak berhenti senyum dengan apa yang abang perolehi. Tihah juga tersenyum dengan kejayaan abang. Abang, saat itu lah yang mula mewujudkan jurang antara kita. Genap 2 tahun perkahwinan kita, abang mulai sibuk dengan urusan pejabat abang. Setiap minggu abang outstation, berjumpa client. Kadangkala abang tidak punya masa untuk Tihah, seperti dahulu. Tihah mula berseorangan ke sana, ke mari. Tapi Tihah tahu semua tu untuk masa depan kita. Tihah faham. Tihah mengerti.
Satu hari tu, Tihah tak sihat, abang balik lewat ke rumah. Tihah terlelap di ruang tamu menunggu kepulangan abang. Abang mengetuk pintu berulang kali barulah Tihah sedar. Bila Tihah buka pintu, abang mula marah. Maafkan Tihah bang. Tihah tak tahu abang lupa bawa kunci. Bila abang marah, Tihah tak bersuara sepatah hanya menuturkan perkataan maaf, namun abang tidak memperdulikan semua itu dan berlalu menuju ke bilik. Buat pertama kali, air mata Tihah mengalir sepanjang perkahwinan kita.
Abang,
Masih ingatkah lagi pertama kali tangan abang singgah di pipi Tihah? Pagi tu Tihah bersiap untuk pergi ke pejabat. Seperti biasa, Tihah menyiapkan sarapan untuk abang, sama seperti dahulu, makanan kegemaran abang, nasi goreng kampung dengan air teh. Namun pagi itu, abang tidak menjamah hidangan yang Tihah sediakan. Abang berlalu pergi. Tidak lagi seperti dahulu, abang cium dahi Tihah sebelum pergi ke pejabat. Tihah rindukan semua tu abang. Tihah sedih sangat, kenapa abang berubah? Sejam selepas itu, Tihah berada dalam perjalanan ke pejabat. Tiba2 abang call Tihah. Tihah sambut dengan kegirangan. Rupanya, fail mesyuarat abang tertinggal dalam kereta Tihah dan abang minta Tihah untuk menghantar fail itu ke pejabat abang. Tihah sudah terlewat ke pejabat dan demi abang, suami tercinta, Tihah hantar fail tu dengan secepatnya. Namun, tanpa Tihah sangka, kereta Tihah mengalami masalah dan hampir sejam barulah Tihah sampai ke pejabat abang. Lantas berjumpa setiausaha abang, Aisha. Tihah masuk ke bilik abang dan Tihah lihat abang mundar mandir di hadapan meja. Tihah menghulurkan fail abang dan Tihah dapat melihat muka abang berubah bengis. Tihah tak sangka tangan yang dulu memegang erat tangan Tihah, kini dihayunkan ke pipi Tihah. Tihah terundur kerana tindakan abang, darah di bibir mulai mengalir. Manik2 jernih mula jatuh di pipi. Suara abang memenuhi ruangan kerja. Pertama kalinya abang menengking Tihah. Maafkan Tihah bang, Tihah tak sengaja, bukan kemahuan Tihah kereta tu rosak. Tihah menuturkan perkataan maaf, namun abang menyuruh Tihah keluar dari ruangan itu. Tihah redha bang. Walaupun ini adalah kenangan pahit buat Tihah, namun Tihah masih simpan dalam memori kita berdua.
Abang,
Masih ingatkan lagi pada ulangtahun perkahwinan kita? Malam tu Tihah tunggu abang balik. Abang pun dah janji nak balik. Jam menunjukkan 1.00am. sudah terlalu lewat. Namun Tihah setia menanti abang, kerana hari ini hari teristimewa buat kita.
bersambung.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment